Fungsi BPPB Pulau Pinang
FUNGSI BPPB
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek RMK-10 BPPB dan menyediakan laporan prestasi fizikal dan kewangan program dan projek RMK-10 BPPB secara berkala
- Menyediakan perancangan strategik untuk mengukuhkan kedudukan geopolitik dan penyertaan bumiputera dalam sektor strategik dan pembangunan modal insan (sistem GIS & maklumat hartanah)
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2011-2012 serta menyediakan laporan pelaksanaan Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2011-2012 untuk dibentangkan dalam mesyuarat utama
- Mengurus Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang
- Mengurus dan mengemas kini maklumat bank tanah
- Mengurus setia mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP)
- Menyediakan perancangan strategik untuk mengukuhkan kedudukan geopolitik, penyertaan bumiputera dalam sektor strategik dan pembangunan modal insan (sistem e-Direktori dan maklumat sosioekonomi bumiputera Pulau Pinang)
- Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
- Melaksanakan program pembangunan usahawan bumiputera Pulau Pinang